Oh ye..entry kali ini bukan bercerita mengenai sakit tak sakit tapi sebenarnya mengenai video one shot yang telah kami lakukan pada minggu lepas-lepas. ( tugasan dapat 27mac aritu).Sebelum ni tak pernah terfikir nak jadi artis youtube, tapi sekarang dah terpaksa jadi dah. haha. terima kasih Dr. Notts sebab bagi peluang saya jadi artis (impian jadi kenyataan. hahahahaha). bagi menyiapkan video one shot ini, kami ambil masa lebih kurang satu hari bagi menyiapkannya. Tajuk lagu yang menjadi pilihan kami ialah lagu untukmu yang dipopularkan oleh kumpulah M.U.H . Tapi sekarang dipopularkan oleh kami. hehe.
pengalaman menarik yang tidak mungkin saya lupakan. Memang perkara ini tidak pernah terlintas pun di dalam benak saya nak miming lagu,pastu joget bagai and then post kat youtube. huhu..awesome ! tapi kami buat jugak kerana itu adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kami. (huhu, ayat nak gempak aje)
bagi sesiapa yang sudah lama tak ketawa, tak senyum. jemput-jemput lah tengok video kumpulan kami iaitu kumpulan 3 in 1. Semoga video yang kami lakukan mampu memberi segaris senyuman pada wajah anda. =)
No comments:
Post a Comment