Tengok tajuk di atas, macam menarik kan? aha..memang menarik.
Pada suatu ketika, saya telah di berikan tugasan untuk membuat cerita seram bagi kelas BBM3410.
cerita seram? Uh, macam mana itu? susah untuk difikirkan. Namun, demi tanggungjawab yang diberikan, kumpulan kami iaitu 3 in 1 tetap berusaha untuk menjadikannya seram seperti yang di impikan oleh pensyarah kami iaitu Dr Notts
Saat-saat diberikan tugas ini, kami masing-masing memikirkan tentang jalan cerita bagi kumpulan kami. banyak idea-idea yang dicurahkan dari ahli kumpulan kami dan kami akhirnya telah sepakat untuk memilih satu jalan cerita. Dan jalan cerita ini di perbaiki serta ditambahkan ideanya oleh ahli kumpulan yang lain.
Lokasi bagi penggambaran kami hanya lah di dalam kawasan UPM sahaja iaitu sekitar bukut ekspo dan kolej-kolej kediaman KOSASS.
Pada lebih kurang pukul 10 malam kami bertolak menuju ke bukit ekspo. Rasa seram sejuk pun ada jugak memandangkan malam itu hari kelihatan seperti mau hujan. sejuk je angin. Gelap je kawasan. Dah la nak buat cerita seram ni. Masa penggambaran itu, macam-macam masalah yang dihadapi seperti kekurangan pelakon kerana kami pelakon tambahan yang diperlukan tidak dapat turut serta mengikuti pengambarran. Namun , semuanya dapat di selesaikan dengan cepat memandangkan semua hali memberi komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Semua selesai lebih kurang pukul satu lebih. Selesai membuat pengambaran, proses pengeditan dibuat sehingga selesai. dan Alhamdulillah. Semua siap seperti yang dirancang. Jom sama-sama menonton.
No comments:
Post a Comment