MOHAMAD NASARUDDIN BIN MAT NASIL
157218
Salam akhir salam teristimewa..
Sekarang masa kejap sangat berlalu. rasa macam semalam baru masuk sebagai pelajar baru. dah nak abis dah. Ni yang 3 tahun, untuk kelas BBm3410 lagi la rasa kejap sangat. Belum puas rasanya menuntut ilmu dengan Dr Notts.
Teringat lagi mula-mula daftar masuk kelas ni. Nama tenaga pengajarnya ialah Dr Arbaie. Umm, masa ni dah boleh agak dah. memandangkan sudah banyak kelas yang di ambil bersama Dr Arbaie sebelum ini. Dah tau cara dia mengajar. Tapi dalam masa itu, terdengar juga yang pensyarah lain yang akan menggantikan Dr Arbaie. Dalam otak ini mula bertanya. "pensyarah mana pulak nih".hammm.Tertunggu-tunggu jugak..nebes. Takut masuk yang lagi garang dari Dr Arbaie..
Masuk minggu pertama, memang Dr Arbaie yang masuk. So, tak dek lah eksited sangat. Bukan tidak teruja untuk menuntut ilmu tapi dirasakan bahawa khabar angin sebelum ini hanyalah permainan pelajar-pelajar aje. So, tak kesah la sangat.
Masuk minggu seterusnya, Dr Arbaie cakap pasal ada pensyarah lain yang akan mengajar sekali dengan dia untuk kelas BBm3410. Mak aihhh, banyak na Dr yang nak mengajar aku nih. Sabor je la.
Jeng...jeng...jeng...
Selepas minggu itu, masuklah seorang pensyarah yang muda jelita iaitu Dr Normaliza. ( bab puji tu betol Dr, xtipu pun)
Di saat masuknya DrNormaliza atau Dr Notts ini maka bermulanya perasaan takut aku untuk memasuki kelas ini. Dan pada hari ini juga bermulalah kehidupan aku sebagia seorang pelajar tahun akhir yang sangat-sangat sibuk dengan tugasan. sungguh. Tugasan banyakkk woo..Video sana video sini, shot sana shot sini, posing sana posing sini. Agak mencabar tahap antibodi diri jugak lah. Tiap minggu memang takde masa rehat langsung. Dan sesungguhnya sem ini lah aku jarang keluar. Masa untuk diri sendiri pun tak sempat inikan pula untuk kawan-kawan. Namun begitu, pada akhirnya kau sedar .
Dalam kesibukan membuat tugasan yang diberikan aku mendapat banyak mendapat pengalaman dan ilmu yang tidak mungkin aku akan dapatkannya secara mudah. Ia hanya diperolehi melalui tugasan yang diberikan.
Sememangnya pengalaman adalah guru yang terbaik.
Terima kasih Dr Notts kerana memberi saya kesempatan untuk saya merasai segala nikmat ini. terima kasih sangat-sangat.
Di sini saya tunjukkan segala video yang telah saya lakukan:
VIDEO SERAM
VIDEO ONE SHOT
* Minta maaf sebab ada video yang tidak dapat dimuat turun disini kerana masalah-masalah tertentu.
Video itu adalah seperti video tanpa wajah. (BBM3410 Video Tanpa Wajah 3 in 1 Taubat Seorang Hamba)
Video kebiasaan orang melayu. Video the do's and the dont's. Maaf di atas segala kesulitan.
