Assalamualaikum semua.
Sihatkah anda sekalian? bersedia nak dengar cerita dari saya? huhu. Ahh, tak kira. bersedia atau tidak, semua kena baca jugak sebab saya pon kena post jugak walaupun saya tak bersedia. hee..Ok get ready. dah nak mula ni. sila ambil popcorn,jajan bagai mai datang ngadap post saya ni haa. Kita mula ye?
Bermulanya kisah apabila saya masuk ke kelas multimedia pada hari rabu, 27 Mac 2013 bersamaan 15 jamadilawal 1435 Hijrah. Seperti biasa saya mengambil tempat duduk yang bersesuaian. Tiba-tiba terasa satu aura yang kuat datang (Dr Notts la tu ). huhu.. Seperti biasa kalau Dr Notts datang je, perasaan gemuruh datang sekali. tak tahu kenapa. Yang pasti semulajadi tanpa di paksa. Tapi nice. jarang-jarang rasa gemuruh ni bagus jugak, sihat jantung saya. sobsobsob. Tanpa diduga...jeng..jeng..jeng..(tambah effect cikit). Sebenarnya dah memang duga lama dah, memang kerja akan diberi tiap-tiap minggu tanpa diminta.
Minggu ni saya dibekalkan tugas untuk menggayakan simpulan bahasa. ha? macam mana ye? mula-mula tu terpikir pulak, ada jugak kerja sebegini. Sekali fikir nonsense, tapi bila dah buat semua tu baru tahu apa yang terkandung di dalam kerja 'nonsense' ni. Banyak benda baru yang boleh di pelajari.
Langkah pertama yang diambil selepas mendapat tugasan, saya dan ahli kumpulan berbincang untuk memilih simpulan bahasa yang bersesuaian. Selepas itu kami berbincang mengenai cara bagaimana hendak menggayakan sesuatu simpulan bahasa supaya orang lain dapat memahami makna simpulan bahasa yang kami pilih. Susah weyy..kadang-kadang tu kita dah rasa kita faham, tapi orang lain masih tak faham-faham. macam mana tu? huhu..jadi, saat ini lah kita kena guna daya kekreatifitan kita untuk buat betul-betul sehingga orang lain faham. (uh, kekreativitan? apa-apa je lah)
Bila dah siap. ni la hasilnya. faham ke tidak? kalau tidak faham, tengok makna yang tentera kat bawah gambar tu, pastu buat-buat faham ye. hehe..Jom-jom pakat tengok meh. (malu sebenarnya)
Yang kat atas ni namanya ulat buku. Nampak tak? nampak tak?
Yang ni pula, kaki botol
Ni kera sumbang nih.
Buaya darat maaa..
Bodoh sepat nih.
Bawa diri
Pucuk muda katanya..
Ini sahaja dari saya minggu ni. kita jumpe lagi minggu depan. hehe. renung-renungkan dan selamat beramal !!!
No comments:
Post a Comment